Friday, February 28, 2014

Aq ada dia. 2




Ada seorang perempuan menangis di sebuah pusara. Dia berseorang diri. Aku tidak sampai hati melihatnya sedih lalu aku bejalan perlahan lahan jumpa dengan perempuan tersebut. Dia seperti memegang sebuah buku tebal.Aku hairan melihatnya,aku duduk disebelah perempuan tersebut." Kak,kenapa akak menangis. ?" Perempuan itu menoleh. Laa,jiran aku rupanya, Tapi dia menangis macam kehilangan sesuatu yang amat berharga. Dia memeluk erat sebuah buku. Nampak seperti sebuah diari. " Akak kenpa menangis di kubur ini seorang diri.?" Akak itu menoleh kembali ke kubur tersebut lalu menangis teresak-esak. Dia memberi aku buku tersebut untuk dibaca. Aku membukanya dan terkjut kerana melihat gambar akak tersebut bersama seorang lelaki yang macam aku kenal.Aku mula membaca .

19 Jun 2009

 Banyak benda yang telah aku lalui sepanjang per'couple' lan aku selama 5 tahun. Sudah lebih 5 kali aku couple tapi seorang pun tak pernah mahu setia dengan aku. Hidup aku ini seolah-olah terkena badi atau sumpahan yang aku tidak akan kekal lama dengan perempuan yang aku couple ni. Aku sendiri rasa tertekan. Aku juga banyak-banyak berdoa. Aku mahu pecahkan badi aku ini. Oh iye, nama aku Muhamad Saiful bin Amran Razi. Aku baru sahaja masuk umur 20 tahun. Ibu ku asyik berleter mahu aku mencari seorang menantu untuk dijadikan isteri. Dia kata lebih baik aku kahwin awal sebab ibuku mahu menimang cucu sebelum dia tiada nanti. Kadang-kadang aku kesian pada ibuku ku. Ayah ku sudah 18 tahun meninggalkan kami dan berkahwin dengan perempuan lain. Hanya kami berdua sahaja yang tinggal di rumah. Kesian melihat ibuku yang bekerja keras mencari rezeki untuk membayar duit rumah. Aku terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung duit pembelajaran ku. Aku tidak mahu menyusahkan ibu ku yang semakin tua . Tetapi masalahnya,aku memang tidak boleh kekal dalam perhubungan. Aku megeluh kasar. Aku tidak la se hensem Izzue Islam. Setakat cukup makan sahaja. Memang patut awek cepat lari. Nasib,nasib.

   Aku sudah abes belajar sem 3 di universiti. Cuti 3 bulan aku mahu duduk di rumah. Mesti tidak ada plan punya lah. Nak dating,awek takde. Nak jalan-jalan,kereta dan motor pon tidak ada. Duduk rumah layan movie lagi bagus. Macam mana nak ada kereta,duit semua aku habeskan dekat wi-fi ,astro,telefon bimbit dan ladtop aku. Hari pertama pagi-pagi aku dah bangun. Memang hari pertama aku balik cuti mesti aku bangun awal,biasanya matahari sudah mencanak naik aku baru bangun. Jadi aku mengambil keputusan tolong ibu aku jual kuih. Memang panas giler la hari ini. Berkipaskan surat khabar aku nampaknya. Ibu aku memerhatikan aku sambil tergelak kecil. Ibu aku kata macam perempuan tidak tahan panas. Biasalah,ibu aku memang suka bergurau denagan aku,memang tidak pelikla kalau dia selalu usik aku. Tiba-tiba ade seorang awek lalu,mahu beli kuih. Memang cantik. Parasnya,badanya,. Tidak semena-mena,dia kenyit mata dengan aku,aku terfikir. Memang tidak ada can la kalau couple dengan budak ni,gerenti hari ini minta couple,esok minta putus. Ntahlah,aku kadang memang tidak percaya mana-mana perempuan kecuali ibu aku yang aku cintai. Kalau boleh aku tidak mahu kahwin sebab mahu jaga ibu aku,tapi ibu aku nak sangat ada cucu.

  Aku tidak boleh buat ape-ape. Aku memang tidak percaya perempaun. Geram je aku tengok. Zaman sekarang ini,perempuan memang sudah kuat egonya daripada lelaki. Memang susah nak cari perempuan setia dan hargai pasangannya.pada zaman sekarang ini. Malam itu aku terlalu bosan. Aku on ladtop aku lalu aku buka facebook. Friend list setakat 30 lebih je,dan semuanya lelaki. Aku malas nak add perempuan. Buat ape add kalau dah tidaak percaya perempuan. Aku baca status-status kawan-kawan aku. Ternampak la kawan aku ini ambil gambar aweknya,ade kawan aku yang dah tunag. Seronok diorang. Aku tidak ada ape la. Muka pon dah macam apa.Tibe-tibe ada bunyi,nampakya ada orang yang add aku. Hahah,aku ada peminat rupanya. Aku klik,pas uh terkejut sebab yang add aku adalah seorang perempuan. Aku nak sahaja tekan ignore tapi takpelah,dye bukan kenal aku pon.Aku accept ajelah. Aku bukak wall perempuan uh,comel muka dia. Tidak tahu la kenapa tiba-tiba aku tertarik mahu berkenalan dengan dia. Malam sudah lewat,aku pon off ladtop selepas itu tidur.

   Esoknya aku bangun pagi,aku tersadar. Aku mimpi perempuan comel itu semalam, takkan aku mimpi Fatin Chomel uh. Ishh,aku mandi,terus tolong ibu aku jual kuih. Hari itu alhamdulillah kuih cepat habis. Memang rezeki kami. Bila dah balik,hati aku terus ke ladtop selepas itu buka facebook. Aaaahhh,cantek,dye online. Aq try chat dengan dia, "asal melaka ke..?" maklumla belakang gambar dia ade A Famosa. "ha ah" aik,dia balas. Tak tengok gamba aku ke..? Hensem juga aku ni rupanya. " Sye ske tgk gmba awak,comel.." Aikk,dia siap puji lagi. "Xdelah awak,biase2 je". Dia bersungguh-sungguh yakinkan aku yang aku ni comel. Aku rasa hati aku lain. Hishh,cobaan je ni. Mesti nak ngetest aku je ni. Kami berchat hari-hari. Aku selalu ceritakan masalah aku dengan ex2 aku. Rupenya dia senasib dengan aku. Dia banyak nasihatkan aku,tapi gaya dia pelik. Macam mahu mengorat aku,haha,tidak mengapa lah,dia pon baik sangat,comel pulak tu. Aku pula senang percaya kan dia,pelik je. Dia pulak senang percayakan aku. Aku beranikan diri bagi nombor telefon aku kepada dia,dia pon bagi nombor dia kepada aku. Esoknya kami mesej. Lama kami bermesej sehinggakan customer datang beli kuih pon aku suruh dia layan diri. Hahaha,nasib baik pelanggan uh paham aku. Ibuku pelik dengan perangai aku hari ini,tapi aku sempat tengok wajah ibuku senyap-senyap.Wajahnya senyum. Aku suka melihat ibuku senyum macam itu.

   Aik,dia ajak aku jadi lelaki idaman dia.Pelikla sebab aku tidak sehensem mana pon. Aku pun teringin ada awek. Aku terima lah dia sebab dia berjanji akan menerimaku seadanya. Kami mula hidup baru bersama, kami tidak pernah kalau tidak mesej atau menelefon. Kami cepat rindu. Sudah banyak kami lalui bersama. Susah,senang, kami tempuhi. Memang sangat indah kepadaku kerana dapat perempuan seperti dia. Aku memang mahu ajak dia masuk pinangan aku tahun depan.

    24 februari 2010


  Hari ini aku bosan. Hari ini sudah 8 bulan kami berkapel. Bulan 9 aku mahu bertunang dengan dia. Dia tidak tahu sebab aku mahu buat suprise kepada dia. Tapi,dia sibuk belajar. Dia seperti tidak ada masa untuk bergurau seperti dulu. Aku menatap telefon ku setiap malam dan berharap yang dia akan telefon atau mesej dengan ku,tapi tidak ada. Sampaikan aku sendiri tidak ada selera makan kerana asyik menatap ladtop dan henfon. Sudah sebualan dia sebegini. Takkan dia tidak mahu layan aku sehari sahaja. Aku fikir takkan ada universtiti di malaysia ade kelas seminggu 24 jam. Aku tunggu,dan tunggu dan tunggu.Keputusannya begitu hambar. Kami bergaduh pada keesokan harinya sebab aku tuduh dia cari lelaki lain sebab sudah lama tidak bertanya khabar padaku.

  Aku sebenarnya tidak sampai hati tuduhnya sebegitu,tapi kawan ku yang nampak dia keluar dengan lelaki lain. Tapi, aku tetap percaya kepada dia. Esoknya,kami ada la mesej sekejap,selepas itu dia kata dia ada assignment yang perlu di buat. Aku dengan beratnya taip ok. 2 hari aku tunggu dia msg, tak mesej-mesej juga.Aku mula tidak sedap hati, lalu aku cuba berfikir positif. Esoknya aku demam,muntah-muntah. Ibu aku kasihan melihat aku. Aku sudah terlalu kurus. Ubat aku tidak mahu makan sebab aku sendiri belum alas perut. Kejadian itu berlarutan sehingga 2 minggu. Aku dimasukkan ke hospital. Paling sedih,dia tidak langsung menjenguk aku. Aku bertanya lemah kepada ibuku, " Bu,fatin mane. Epul rindu dia sangat-sangat bu.." Ibu ku mengalir air mata dan sedih melihat keadaan aku. Ibu aku tidak pernah melihat aku kecewa sebegini. "Epul,Fatin tidak datang lagi,dia sibuk agaknya.." Aku merenung sedih sambil berbaring  di katil. Sudah semingggu aku terlantar di hospital. Tiba-tiba aku mendapat berita yang ia sakit lalu dimasukkan ke hospital ini. Aku menyuruh ibuku memanggil doktor untuk memapahku ke wad dia. Masyaallah,dia mengalami masalah buah pinggang. Doktor kata buah pinggang dia rosak sebab dia mengalami kemalangan semalam. Aku menangis dengan keadaan dia. Dia koma. Setiap malam aku duduk di sbelah katilnya. Aku membaca macam-macam cerita, aku cerita pasal kita yang happy gila-gila dulu. Namun tiada respon.

  Aku pergi berjumpa doktor yang merawatnya. Beliau berkata yang dia boleh hidup tapi mesti ada penderma buah pinggang. Aku tanye lagi," Dok,mana waris dia..?" Beliau berkata,pewaris dia ada tapi jenis buah pinggang dan darah tidak sama. Tapi,penderma tersebut akan mati kalau didermakan buah pinggang kepadanya sebab dia mengalami pendarahan yang sangat teruk. Doktor ada sebut pasal seorang lelaki,aku tidak kenal lelaki tersebut tetapi doktor memberitahu bahawa lelaki tersebuat bekas kekasih dia. Tapi bukan aku. Aku tergamam,memang betul dia sudah ada lelaki lain. Tetapi lelaki tersebut enggan menderma buah pinggang kepada fatin. Aku berfikir sejenak,aku fikir betul-betul. Aku memberitahu doktor yang aku mahu menderma buah pinggang aku. Semua risikonya aku rela terima. Tapi doktor kata yang aku perlu kuat makan sebab badan ku kurang garam. Beliau berkata dia hanya boleh tahan selama 2 bulan sahaja itupun dalam keadaan koma.

   4 March 2010

   Setiap hari aku datang menjenguk dia. Aku sedih melihat diri  dia. Aku menatap wajah dia. " Yunkk,kenapa tinggalkn ubby.ubby buat salah ke..?? Npe x btolkan salah ubby,ubby x marah syunk pon la. Syunk bangon la. Kesian dekat hubby. " Dalam 2 bulan ini,aku berusaha menaikkan berat badan aku. A ku tidak berfikir apa-apa lagi selain aku mahu Fatin hidup semula dan mula kehidupan dia.

  5 Mei 2010

  Harinya telah tiba,aku diminta pergi ke bilik pembedahan. Ibuku terpaksa akur dengan tindakan aku ini walaupun dia tahu yang aku akan pergi dahulu sebelum ibuku. Aku sempat menulis surat semalam dan bagi sebuah kotak kecil berwarna merah. Aku menyuruh ibuku berikan kepada Fatin kalau dia sudah bangun. Maafkan aku ibu,syunk. Doakan agar pembedahan ini berjaya. Sampai sini sahaja diariku. Aku tidak akan berjumpamu lagi.

                                                                                                                       Wassalam..........................



" Fatin,dah bangun. "

" Err,ibu epul. Sya kat mane ni..?? "

" Kamu dekat hospital."

" Hahhh..!! Kenapa sye ade d sini mkcik.?"

" Kamu kne kemalangan nakk.. Buah pinggang kamu rosak,tpi buah pinggang telah didermakan oleh seseorang.."

" Ehh,siapa mak cik..?"

" Eh,npe mk cik menangis,epul mne mkcik.. Sye nak mintak maaf kat dye."

"Dia sudah lame memaafkan kamu nak. Dah sebulan dah kamu tidak sedar lepas pembedahan tu."

"Eh ni ape makcik,?"

"Kamu ambillah ini dan surat ini,epul yang suruh bagi,kamu bacelah surat tu.."

"Kenapa epul tak nak bagi sendiri mak cik."

"Ehh,mk cik,sape bagi cincin ni. Cantek.. Eh,npe mk cik ni asyik nanges je. "

" Isk..isk,bce surat tu nak."




 Assalamulaikum.......

Kehadapan kepada Fatin iaitu orang yang sya cintai,

Ubby nak minta maaf sangat2 kalau x ade kat sisi syunk lpas syunk bangun ni. Ubby minta maaf sangat2. Yunk,ubby dah maafkn syunk. Ubby x kesah syunk ade pkwe laen mse uh,sbb ubby ttap tunggu syunk. Ubby rancang nak bernikah mse 24 jun 2010 ni tapi ubby dah xde. Ubby minta maaf sangat-sangat. Walaupon ubby xde kat dunia ni tpi ubby sentiasa ada dekat hati syunk. Syunk jage diri. Syunk mesti dapat cincin kan. Tu cincin pertuangan kita,tpi syunk pakaila ekh mse perkahwinan syunk,tu je permintaan terakhir ubby.. Ubby mintak tolong syunk jage ibu ubby ekh,anggap je mcam ibu syunk. Last sekali, ubby na akp,ddy ttp cintekan bby..

wassalam..


" iskk.. nakk,pggel je mkcik ibu "

" I...ibbbb..buuuuu....... Hari ni berapa haribulan..?"

" Hari ni 24 jun nak"

"AHHHHHH, syunk mintak maaf ubby,syunk minx maaf.."





Sedih aku mendengar cerita akak ini. Aku tidak pernah kenal lelaki yang sanggup berkorban sebegini rupa. Patutlah akak ni menangis. " Aka...kk menyesal dekk,akak menyesal sangat2..." .. " Sabar lah akak,abang xnak akak mcam ni,dye mesti tak suke. Dia nak akak happy..

" Ubby, I LOVE U.."        

No comments:

Post a Comment